Aku , Rafedah Binti Ahmad, dilahirkan di Muar,Johor. Aku mengajar di Sekolah Agama Tun Syed Nasir,Tanjung Agas,Muar. Aku sudah mengajar hampir 14 tahun lamanya. Banyak sekolah telah aku merantau untuk mengajar serta menimba ilmu pengetahuan sebagai seorang guru. Banyak pengalaman telah aku dapati di serata sekolah yang aku pergi. Namun, tugas sebagai guru tetap aku laksanakan walaupun kehidupan seharian amat sibuk rasanya. Tugas sebagai guru adalah yang hakiki, manakala tugasan di rumah adalah tugas dan tanggungjawab yang perlu aku pikul sebagai seorang isteri. Aku sungguh bersyukur menjadi seorang guru walaupun sebagai seorang guru agama. Aku sungguh beruntung kerana melalui tugasku sebagai seorang guru agama, aku telah mendapat laluan yang sungguh mudah untuk menyambung pelajaran. Sebelum ini aku telah banyak kali memohon untuk menyambung pelajaran di maktab tetapi harapan aku hancur. Akhirnya , impian aku untuk menyambung pelajaran tercapai melalui pekerjaanku sebagai guru agama. Sekarang aku sudah memasuki semester 4 dan akan menamatkan pengajian akhir tahun ini. Jika tiada aral melintang, tahun hadapan aku akan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah atas kebenaran dari suami tercinta, Mohd Heirwan Bin Haji Mubin dan anak-anak.
Selama 14 tahun aku berkecimpung dalam bidang perguruan, telah banyak ilmu yang aku dapati terutamanya dari suamiku yang banyak membantuku dalam bidang "Bahasa Melayu" kerana suamiku adalah seorang guru Bahasa Melayu di sekolah menengah di Muar. Ramai guru-guru yang membantu aku dan juga karenah murid yang banyak mengajar aku erti "GURU" yang sebenarnya. Sekiranya kita banyak merantau dan melihat karenah murid-murid walaupun pada dasarnya menggugat kesabaran kita sebagai guru , itulah yang memjadikan kita guru yang cemerlang pada pandangan murid-murid. Oleh itu, selamilah kerjaya sebagai guru dan kamu akan mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dalam profesion perguruan. Sekian.
No comments:
Post a Comment